Bapa durjana! Jadikan dua anak hamba seks, rogol dari usia 9 tahun

Oleh KIM SYAZIE

Bagai haruan makan anak, itulah yang dapat diungkap apabila mendengar kes seorang bapa apabila sanggup menjadikan anak hamba seks sendiri.

Segalanya terbongkar selepas remaja berusia 15 tahun itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan mendapati dirinya mengandung.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, bapa remaja itu telah ditangkap semalam selepas satu laporan polis dibuat.

Menurut siasatan, suspek didakwa telah merogol mangsa dan adik perempuannya berusia 12 tahun sejak 2017 di sebuah rumah di Jeram lapor Sinar Harian.

Suspek berusia 53 tahun dikatakan merogol salah seorang mangsa sejak mereka berusia sembilan tahun dan perbuatan keji itu dikatakan kerap kali berlaku di rumahnya.

“Berikutan itu satu laporan polis dibuat dan suspek ditangkap semalam (Selasa) untuk siasatan lanjut.

“Suspek direman seminggu bermula semalam. Polis sedang merekodkan keterangan mangsa untuk melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi SInar Harian.

Mangsa dikatakan terlalu takut untuk bersuara dan memberitahu orang lain mengenai perbuatan terkutuk bapa mereka.

Baca juga: Tak pernah berhenti mengemis, peminta sedekah ini kini miliki aset mencecah RM4.2 Juta!