Bapa kongsi kejadian mistik ketika kelahiran Missclyen, isteri pernah mimpi Missclyen dimandi atas dulang emas

Oleh KIM SYAZIE

Missclyen, kanak-kanak berusia 2 tahun yang menghidap Sindrom Werewolf ini mula mendapat perhatian masyarakat selepas Raja Permaisuri Agong berkenan mengambil anak istimewa ini sebagai anakanda angkat baginda.

Ia merupakan detik paling bahagia buat kedua ibu bapa Missclyen iaitu Roland Jimbai, 48 dan Theresa Guntin, 29.

Berkongsi berkenaan penyakit anaknya, Roland berkata, isterinya pernah berusaha mencukur bulu-bulu di wajah Missclyen namun kanak-kanak itu akhirnya demam, manakala si ibu pula hampir pengsan.

“Berteriak dan menangis enggan dicukur. Kemudian selepas bulu-bulu itu hilang, dia mendapat demam.

“Emaknya yang mencukur pula hampir pengsan, selepas itu. Jadi cukuplah sekali kami melakukannya kerana selepas itu, bulu di muka dan badannya semakin lebat,” kata Roland memetik Astro Awani.

Sekitar setahun yang lalu, Missclyen dikenal pasti menghidap sindrom Congenital Generalised Hypertrichosis.

Baca Artikel Penuh