Bapa mohon maaf, rupanya anak dikurung guru kerana suka londeh seluar rakan

Oleh KIM SYAZIE

‘Gurauan’ londeh seluar rakan rupa-rupanya menjadi punca murid Tahun 1 dikurung di kawasan sekolah yang dipagari dengan jeriji besi.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau selepas satu perbincangan diadakan bersama ibu bapa murid.

Hukuman ‘pengasingan’ itu dikenakan setelah murid itu tidak berhenti menganggu rakannya walaupun telah diberi peringatan.

Susulan daripada itu, bapa kepada murid berkenaan tampil memohon maaf atas perilaku dan ‘gurauan’ kasar anaknya itu.

Mengaku anaknya suka bergurau, lelaki yang dikenali sebagai Azrul itu menganggap isu yang menjadi perhatian ramai itu telah selesai.

“Saya juga sudah mohon maaf kepada ibu bapa murid itu terhadap tindakan anak saya. Mereka juga enggan memanjangkan isu itu.

“Anak saya memang kuat bergurau. Semua pihak sudah saling bermaaf-maafan. Saya dan isteri tidak simpan dalam hati,” katanya.

Menyerahkan siasatan kepada pihak PPD, Azrul memaklumkan bahawa anaknya trauma setelah dikurung di dalam ‘penjara’ itu.

Pagar besi yang dibina sempena pameran kempen anti dadah.

Memohon agar jeriji besi itu dibuka, Azrul berkata anaknya enggan hadir ke sekolah kerana takut dan khuatir bakal dikurung lagi.

Terdahulu, tular tangkap layar perbualan seorang bapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru mengurung anaknya dalam pagar besi.

Baca juga: Tahun lepas gaji RM11,000 je, tahun ini TMJ dedah berapa gaji Arif Aiman sebenarnya