Bapa pening kepala, anak sedih sebab tak dapat Elsa

Oleh MAISARAH AISYA

Karakter dalam filem animasi Frozen semestinya menjadi kegemaran kanak-kanak hingga ibu bapa terpaksa layankan sahaja permintaan mengenai watak cerita itu.

Menerusi Facebook, seorang lelaki, Abu Hurairah Roslan menceritakan semula bagaimana dia melayan permintaan anak perempuannya.

Dutch Lady mengeluarkan susu dengan muka hadapan karakter Frozen jadi pastinya anak-anak akan memilih watak yang mereka sukai.

Namun anaknya tidak mahu menerima susu dengan watak selain Elsa walhal rasanya sama hingga akhirnya pekerja kedai mencari dalam stor.

Bila dah jumpa, pastinya si ayah mengharapkan senyuman tapi sekejap sahaja dah masam balik.

Alasan diberikan adalah kerana air tersebut tidak sejuk, air mata anaknya juga sudah mula menitis.

Akhirnya pekerja tersebut mengambil air kotak itu dan dimasukkan ke dalam ais agar cepat sejuk.

Mungkin kerana masih kecil makan segala permintaan diikutkan namun jika sudah sampai menyusahkan orang lain maka ajar dan nasihatlah anak supaya tidak melebih.

Baca juga: ‘Sampah dibuang di dalam bin bukan binti’, wanita berseloroh kenapa buang sampah tugas suami