Baru beli lesung batu? Jangan terus guna, ikut langkah ni dulu!

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya di setiap rumah akan ada lesung batu meskipun ramai memilih untuk menggunakan pengisar elektrik bagi memudahkan urusan.

Tapi ada perbezaan pengisar elektrik jika dibanding dengan lesung batu, teksturnya berbeza malah lebih sedap menggunakan lesung batu.

Bagi mereka yang baru membeli lesung batu, jangan terus gunakan ia tapi bersihkan ikut langkah ini terlebih dahulu.

Ikuti perkongsian pengguna TikTok, @icookweeat_tt tentang cara bersihkan lesung batu yang baru dibeli.

“Tujuannya supaya debu atau serbuk batu yang ada di permukaan dalam lesung tu tanggal.
So bila guna nanti ia tak masuk dalam bahan masakan.”

Tip guna lesung batu baru

1. Rendam lesung batu semalaman dengan air paip, tak perlu masukkan sabun.

2. Esoknya, masukkan dalam satu sudu beras ke dalam lesung.

3. Gunakan alu lesung, tumbuk beras itu hingga lumat.

4. Bila sudah hancur, beras yang putih akan bertukar kepada warna lesung.

5. Selepas selesai, boleh bilas sahaja dengan air paip.

@icookweeat_tt

02.11.2024 Sharing tips lesung batu baru. Semoga bermenafaat. Tujuannya supaya debris/serbuk batu yg ada di permukaan dlm lesung tu tanggal. So bila guna nnt idak le termasuk sekali dlm bhn yg kita tumbuk tu. Antara petua bonda Sis regarding stone mortar & pestle ni : 📌cari bentuk yg dalam 📌alu nya besar/berat 📌made of batu not marble (marble licin) 📌bila dah guna basuh dgn aliran air je TAK PERLU SABUN sbb nnt air sabun tu terserap ke dlm lesung tu.. 📌dah guna cuci terus baru la mudah bilas Actually ni lesung ke 4 dah dlm rumah ni. Sis dah develope minat nk collect lesung eheh.. Lain maciammm je beliau tgk bila Sis kata nk beli yg ni😂. I hv lesung of diff shapes n material. Ya tau..leceh numbuk2. Tp biarlah secanggih mn pun dapur n kitchen appliances kita, lesung tetap kena ada. Dia macam nadi dapur Melayu. Begituhhhhh.. #petua#tipsdidapur#tipsdidapuricookweeat #lesungbaru#lesungbatu#stonemortar#stonemortarandpestle #lesungdanalu

♬ original sound – icookweeat_tt – icookweeat_tt

Antara petua dikongsi ibu kepada wanita tersebut adalah:

  • Cari bentuk lesung yang dalam
  • Pilih alu yang lebih besar dan berat
  • Cari yag diperbuat daripada batu bukan marble (marble licin)
  • Bila dah guna basuh dengan aliran air je.
  • Jangan guna sabun nanti air sabun terserap ke dalam lesung,
  • Lepas guna terus cuci, baru senang nak bilas.

Baca juga: Kalau jumpa lombong emas depan rumah, itu hak tuan tanah ke hak kerajaan?