Ada sebab mengapa doktor menasihatkan para ibu mengandung untuk menjarakkan kehamilan dan ia tidak boleh diambil mudah.
Kadangkala luaran sudah kelihatan elok namun dalaman masih lagi belum sembuh jadi si ibu perlu dapat rehat yang secukupnya.
Sebelum ini tular mengenai wanita yang kesal selepas mengandung walaupun baru empat bulan selepas lahir anak melalui pembedahan.
Pada awalnya, wanita bernama Venny mahu menggugurkan kandungan itu susulan tidak bersedia, lagi-lagi kesihatan dalaman juga belum pulih sepenuhnya.
Kandungannya kini sudah memasuki tujuh kelapan bulan, terlihat video dimuat naik di TikTok @akashellahi mengenai kesusahan wanita tersebut untuk turun menggunakan tangga.
Rata-rata warganet mendoakan wanita tersebut dipermudah urusan bersalin dan memahami kesakitan yang dialaminya.

Baca juga: Pernah tular sebab minta selipar sahaja masa nikah, bekas isteri kantoi curang dengan 5 lelaki