Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri baru sahaja ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji bersama ibundanya, Rozita Ibrahim.
Tidak dapar dipastikan siapa yang memuat naik hataran tersebut, sama ada Aliff sendiri atau pengurus media sosialnya, ia sudah meraih perhatian ramai.
Usahawan tersebut menyeru seorang pengasas tudung sarung yang sering muncul di kaca televisyen (tv) dengan gaya alim untuk membayar semula hutangnya.
“Sebenarnya saya dah cuba hubungi dia, dah WhatsApp dah cakap baik-baik sampai sekarang ni saya terpaksa buat tindakan peguam….
“Baik, saya kasi hint (petunjuk), dia jual tudung sarung, selalu keluar tv, acah-acah alim dan kaya, pejabat dekat Negeri Sembilan, tudung harga beratus kadang sampai beribu..
“Hutang saya berjuta tak reti bayar, smua video saya rekod ya apa dia buat, acah teraniaya. Malah buat cerita dengan rakan-rakan saya macam saya yang bersalah,” ujarnya di Instagram.
Tambahnya segala bukti berserta surat perjanjian ada bersama malah sudah masuk empat tahu si penghutang tidak membayar sesen kepada dirinya.
“Boleh sahaja nak muat naik muka akak yang berhutang dengan saya, janji nak bayar dalam setahun tapi dah masuk empat tahun masih tak bayar.
“Kereta baru mewah sempat beli, pergi umrah pakej mewah, beg prada, hutang sedihhh. Masa pinjam bukan main manis minta,” ujarnya.
Rata-rata warganet bagaimanapun meminta Aliff Sukri untuk fokus terlebih dahulu kepada ibadah haji.

Baca juga: Kemenangan buat PKR, Zuraida diperintah bayar RM10 juta kerana lompat parti