Siapa sangka, banyak aplikasi dan perisian yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia rupa-rupanya berasal daripada negara Israel.
Boleh membantu dalam meningkatkan kualiti pekerjaan, sememangnya orang ramai banyak bergantung kepada aplikasi dan perisian yang berpangkalan di Israel ini.
Namun begitu, selari dengan perkembangan teknologi, banyak aplikasi dan perisian baharu dicipta oleh syarikat negera lain yang boleh digunakan sebagai alternatif.
Menerusi satu ciapan daripada seorang pengguna media sosial X (Twitter) iaitu @myadlan, berikut senarai aplikasi dan perisian dari Israel yang boleh mula diboikot orang ramai.
1. Waze

Diasaskan oleh Uri Levine pada tahun 2018 sebelum dibeli oleh syarikat teknologi, Google pada tahun 2013 dengan harga USD $1.3 bilion iaitu kira-kira RM6 bilion.
Aplikasi lain yang boleh dijadikan alternatif oleh rakyat Malaysia ialah Google Maps atu Apple Maps.

Fiverr iaitu platform atas talian yang digunakan oleh pencari kerja yang menawarkan perkhidmatan secara tidak tetap atau bebas yang dikenali sebagai freelance.
Ibu pejabat platform Fiverr ini dibina di Tel Aviv, Israel. Oleh itu, platfrom lain yang boleh digunakan sebagai alternatif adalah Upwork atau Freelancer.

Elementor adalah plug-in pembina portal WordPress yang paling digemari ramai. Diasaskan pada tahun 2016, syarikat perisian ini berpusat di Ramat Gan, Israel.
Konflik antara Israel dan Palestin menjadi punca mengapa program Dreamweb yang dianjurkan Elementor terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Alternatif bagi perisian ini adalah Divi atau Gutenberg.

Perisian ini sering digunakan untuk membina portal di atas talian tanpa memerlukan ‘coding’ atau pengekodan yang berpengkalan di Tel Aviv, Israel.
Antara alternatif yang boleh digunakan rakyat Malaysia untuk menggantikan perisian ini adalah SquareSpace, Canva atau Google Sites.

5. Monday.com
Perisian pengurusan projek ini diasaskan pada tahun 2012 dan ibu pejabatnya tentunya dibina di kawasan Laut Mediterranean iaitu Tel Aviv, Israel.
Alternatif lain yang menawarkan servis sama dengan perisian ini adalah Clickup dan Asana.

6. Payoneer
Syarikat ini menawarkan perkhidmatan kewangan termasuk pemindahan wang dalam talian atau perkhidmatan pembayaran digital di peringkat internasional.
Alternatif yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia ialah Paypal.
7. Outbrain dan Taboola
Platform ini menawarkan servis pengiklanan yang sering digunakan portal berita atau hiburan tempat untuk mempromosikan artikel terbitan mereka.
Operasi syarikat ini berpangkalan di Israel sebelum dipindahkan ke Amerika Syarikat.
Baca juga: Luangkan lebih masa dalam tandas setiap hari, lelaki dibuang kerja mengamuk tak dapat pampasan