Biskut Cornflakes Madu adalah salah satu manisan yang cukup digemari oleh segenap lapisan masyarakat Melayu tanpa mengira umur mahupun latar belakang terutama di musim perayaan.
Rasanya yang manis dan rangup juga berjaya memikat selera sehingga membuatkan biskut ini menjadi ‘buruan’ para tetamu setiap kali berkunjung ke rumah jiran dan sanak saudara sempena sambutan Aidilfitri.
Namun tahukan anda, kudapan ini sebenarnya memiliki versi pedas seperti mana yang dikongsikan oleh seorang individu mengenai keadah pembuatan kuih olahannya menerusi satu hantaran di platform Facebook.
Jelasnya, kuih yang diberi nama ‘Conflakes Salted Egg’ ini pastinya berhasil mengimbangkan rasa manis, masin dan pedas di dalam mulut dengan menggabungkan mentega, telur masin dan juga cili padi.
Berikut kami kongsikan panduan membuat Conflakes Salted Egg berdasarkan hantaran pengguna Facebook yang menggunakan akaun Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga itu.
Bahan-bahan:
- Cornflakes
- Serbuk telur masin kuning
- Daun kari
- Mentega
- Cili padi potong
- Gula pasir
Cara penyediaan:
1. Cairkan suku mentega di atas dapur dalam perkakas pilihan (kuali atau periuk). Jangan letakkan terlalu sedikit mentega kerana dikhuatiri tidak menyaluti cornflakes.
2. Masukkan daun kari. Kemudian goreng sehingga garing. Jangan pula dibiar terlalu lama sehingga daun menjadi hangit.
3. Kemudian boleh tambahkan cili padi dan serbuk telur masin yang telah disediakan dan tumis sehingga naik bau.
4. Akhir sekali, campurkan cornflakes dan gaul sehingga sebati.
5. Selepas itu, bakar sekejap Cornflakes Salted Egg di dalam ketuhar atau air fryer. Sekiranya menggunakan air fryer, boleh bakar selama 7 minit di suhu setinggi 180c.
6. Biarkan sejuk sekejap sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Sedia dihidangkan dan boleh dijadikan kudapan sambil menonton televisyen bersama keluarga.
Mdau.Baca juga: Habiskan lebih 40 tahun menunggu hukuman mati, bekas petinju terima pampasan RM6.4 juta lepas dibebaskan