Sekarang ni tengah musim raja buah – durian! Ramai yang tak lepaskan peluang untuk merantau ke pelbagai tempat demi mendapatkan durian terbaik.
Tapi, satu hal yang semua orang boleh setuju, sebaik saja durian masuk dalam kereta, bau dia memang ‘menguasai’ segalanya.
Haruman kuat tu boleh melekat berjam-jam, kadang-kadang sampai berhari-hari, walaupun durian tu dah lama habis dimakan!
Ha! Ini sembilan petua yang anda boleh ikut berdasarkan portal Vanilla Kismis.
1. Potong tangkai durian letak di jaring aircond
Lepas dah beli durian tu, patahkan sedikit tangkai durian kemudian belah sedikit di bahagian hujungnya.
Bahagian belahan itu boleh dimasukkan pada jari aircond kereta.
2. Buka tingkap kereta
Mesti perasan kalau beli buah durian kemudian tinggal sekejap dalam kereta mesti habis baunya melekat.
Pastikan buka tingkap dalam perjalanan pulang dan tutup aircond. Kalau dah parking kereta, pastikan buka sikit tingkap dan but kereta.
3. Letak roti semalaman dalam kereta
Tip ni selalunya guna masa simpan buah durian dalam peti ais. Letak beberapa keping roti dalam kereta termasuk di bahagian but kereta.
Roti ni mampu serap bau durian, tak ada pening-pening sampai nak muntah bila masuk dalam kereta.
4. Letak arang dalam kereta
Kalau sayang nak guna roti, boleh beli arang di kedai. Caranya sama juga, letak beberapa ketul arang dalam kereta.
5. Letak kopi uncang
Selain daripada menghilangkan pening minyak wangi, serbuk kopi atau kopi uncang ni boleh digunakan untuk hilangkan bau durian, boleh jadi pewangi kereta.
6. Guna soda bikarbonat
Caranya letak serbuk soda ini di dalam bekas terbuka dan tinggalkan beberapa jam dalam kereta.
Boleh juga ditabur terus tapi ia perlu dibersihkan dengan vakum.
7. Letak daun pandan
Kalau ada banyak daun pandan dalam kereta, boleh potong sedikit, simpulkan ia dan masukkan ke dalam kereta, ia boleh hilangkan bau durian juga.
8. Letak dalam bekas
Nak cepat dan tidak berbau, minta penjual kupaskan dan simpan terus dalam bekas kedap udara.
Selain hilang bau, kita juga boleh lihat kuantiti dan kualiti buah tersebut. Baru tahu berbaloi atau tak dengan harga yang dibayar.
Baca juga: Demi cucu atuk bawa pulang ‘satu kandang’ unta, gelagat jemaah balik haji mencuit hati