Bawa lori ke pergi ‘camping’, netizen terkejut siap ada pokok hiasan dalam khemah

Oleh KIM SYAZIE

Khemah zaman dahulu tidaklah semewah zaman sekarang. Dulu hanya perlu cari tempat cantik maka mulalah berkhemah sambil tidur dalam ‘sleeping bag’.

Tapi sekarang khemah sudah ada yang besar malah boleh muat tilam angin dan tidur dengan selesa bersama anak-anak.

Pasangan ini mencuri tumpuan apabila memasang khemah di tapak perkhemahan sambil meletakkan dekorasi ibarat di rumah.

Seorang pengguna Twitter, @norazambudin memuat naik video tersebut selepas merasa kagum dengan cara pasangan itu.

“Gila la effort (usaha) dia nak camping (berkhemah). Serupa pindah rumah.

“Ini bukan kemampuan effort aku, tapi aku puji sebab kerajinan dia untuk pasang khemah ni dan cantik gila,” katanya.

Baca Artikel Penuh