Bayar lebih RM800 untuk konsert tapi dapat kerusi kenduri kahwin

Oleh KIM SYAZIE

Tular mengenai peminat yang kecewa dengan kerusi yang disediakan penganjur semasa konsert Westlife di Malaysia baru-baru ini.

Sudahlah bayar tiket yang mahal untuk Westlife Wild Dream Tour 2023 hingga mencecah RM800, pemuda ini terkejut melihat kerusi plastik yang disediakan.

Menerusi TikTok @razzmann12, dapat dilihat kerusi yang sangat menyedihkan itu yang tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.

“Kerusi tiket VIP X, kerusi kenduri kahwin ✓,” tulisnya di video tersebut.

Warganet pada masa sama berseloroh sama ada pemuda tersebut sedang menunggu untuk mencucuk vaksin.

“Ingat tunggu vaksin,” komen @arnab _wangi.

Baca Artikel Penuh