Bazar Ramadan Rahmah tawar pelbagai juadah bawah RM5

Oleh MALAYSIADATELINE

Bazar Ramadan Rahmah di People’s Park di sini menyajikan pelbagai juadah di bawah RM5 dengan menu berkualiti untuk para pengunjung membuat pilihan mendapatkan makanan atau minuman bagi persediaan berbuka puasa.

Tinjauan Bernama mendapati terdapat 20 gerai di bazar itu yang beroperasi bermula 3 petang hingga 7.30 malam dengan rata-rata makanan atau minuman dijual pada harga bawah RM5, seperti Roti John, meatball, popia dan murtabak.

Peniaga mi goreng Mohamad Izzat Hamdi Mohamad Norhisham, 23, berkata kewujudan bazar itu memberi peluang kepadanya untuk mencari rezeki dan menganggap inisiatif yang digerakkan kerajaan itu sangat membantu para peniaga kecil. 

“Lokasi ini strategik namun saya lihat kena ada lebih banyak promosi dan hebahan dilakukan terhadap Bazar Ramadan Rahmah bagi menarik kehadiran orang ramai.

“Masyarakat sudah terbiasa apabila setiap kali tibanya Ramadan sudah ada lokasi bazar tumpuan yang akan mereka pergi, jadi bazar baharu sebegini mungkin ambil masa sikit (untuk diketahui),” katanya ketika ditemui di sini.

Bagi peniaga tortilla, Muhammad Ezzat Rosli, 25, berkata dia akan terus berniaga di situ hinggalah tamat bulan Ramadan dan berharap bazar itu akan mendapat sambutan yang baik daripada pengunjung.

Baca Artikel Penuh