31 Ogos menjadi tarikh bersejarah buat penduduk Malaysia selepas berjaya mendapat kemerdekaan daripada semua penjajahan.
Bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, di sinilah orang ramai menyaksikan peristiwa bersejarah yang berlaku pada 66 tahun lepas.
Tanah Melayu secara rasminya berlaku penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Tapi tahukan anda, rupa-rupanya ada negara lain turut berkongsi tarikh kemerdekaan yang sama dengan Malaysia.
Dua buah negara yang turut menyambut Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada 31 Ogos adalah Trinidad and Tobago dan Kyrgyzstan.
Ini adalah sejarah ringkas kemerdekaan kedua-dua negara ini.
Trinidad and Tobago

Menurut NationalToday, sejarah Trinidad and Tobago bermula sekitar 150 juta tahun yang lalu.
Tapak negara tersebut merupakan sebuah pulau yang muncul dari Lautan Atlantik disebabkan oleh subduksi gunung berapi di pinggir Plat Caribbean.
Selain itu, kepulauan tersebut mempunyai penempatan manusia sejak zaman dahulu lagi. Sejarah moden negara bermula dengan penjajahan pulau-pulau.
Sepanyol merupakan negara pertama yang menubuhkan koloni di kepulauan tersebut.
Pada masa yang sama, masyarakat kolonial berasaskan perladangan mula berkembang di wilayah Tobago juga.
Pada 1777, pemerintah Sepanyol mula mencari cara untuk mengisi negara pulau itu yang kekurangan penduduk.
Mereka telah memberikan pelepasan cukai kepada sesiapa yang ingin mendiami pulau-pulau tersebut pada sepuluh tahun pertama.
Seterusnya pada 1797, negara pulau tersebut telah ditawan British tanpa sebarang pertumpahan darah.
Ladang-ladang yang terdapat pada kepulauan tersebut telah menarik pengusaha ladang dan mereka telah membawa buruh-buruh dari Afrika.
Kemudian, tenaga-tenaga buruh dari India juga dibawa masuk. Kedua-dua kumpulan etnik ini menjadi majoriti di di negara pulau itu dari masa ke masa dan mempengaruhi budaya serta tradisinya.
Trinidad and Tobago telah diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka pada 31 Ogos 1962, beberapa tahun selepas kemerdekaan Tanah Melayu.
Kyrgyzstan

Kyrgyzstan merupakan negara yang berada di tengah-tengah Asia Tengah. Landskap negara ini antaranya terdiri daripada kawasan pergunungan.
Menariknya, negara ini juga berada di persimpangan banyak tamadun dan budaya.
Sepanjang sejarahnya, suku nomad, bahkan masih ada sehingga ke hari ini, telah lama mendiami kawasan yang dikenali hari ini sebagai Kyrgyzstan.
Kekayaan sejarah negara ini dapat dilihat dalam banyak tapak bersejarahnya termasuk tiga daripadanya merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Salah satu penyatuan wilayah Kyrgyz terawal dalam sejarah berlaku ketika zaman kemuncaknya sekitar 840 M.
Orang Kyrgyz telah mengekalkan penguasaan ke atas kawasan pergunungan Asia Tengah selama kira-kira dua abad selepas itu.
Pada abad ke-12, orang Kyrgyz mula berhijrah ke selatan bagi mengelakkan konflik ketika perluasan Empayar Mongol.
Pada akhir abad ke-19, sejarah moden Kyrgyzstan telah terlakar ketika zaman penguasaan empayar Rusia.
Beberapa perkara berlaku selepas itu mendorong ramai rakyat Kyrgyz untuk memberontak.
Pemberontakan 1916 terhadap pemerintahan Rusia adalah salah satu detik paling penting dalam sejarah rakyat Kyrgyzstan.
Untuk sebahagian besar abad ke-20, Kyrgyzstan berada di bawah pemerintahan Soviet. Dalam tempoh ini juga, negara itu melalui fasa pembangunan yang agak pesat.
Selain sistem pendidikan, infrastruktur dan literasi, ini juga merupakan tempoh apabila identiti kebangsaan Kyrgyz yang berbeza mula berkembang.
Kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991 kemudian menandakan banya negara-negara di bawah penguasaannya menjadi negara bebas dan mengisytiharkan kemerdekaan.
Begitu juga, Republik Kyrgyzstan mengisytiharkan kemerdekaan, iaitu pada tanggal 31 Ogos tahun yang sama.
Baca juga: Ini 7 negara tak pernah sambut merdeka, tak sangka Nepal pun tersenarai! Rupanya sebab ini…