Tular beg Grab sebelah tulis selawat sebelah mencarut, netizen bongkar puncanya

Oleh KIM SYAZIE

Sekali lihat pastinya pelik mengapa beg yang digunakan untuk membawa makanan seperti GrabFood dipenuhi dengan tulisan dan contengan.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Harini’, terlihat beg dengan sebelah ditulis selawat dan di belakang ada ayat carutan.

Bagaimanapun seorang pengguna Facebook, Heron Asyraf tampil mempertahan tuan kepada beg tersebut, katanya ada sebab mengapa beg tersebut diconteng.

“Mesti tuan bukan seorang rider (penghantar makanan), nak tahu kenapa rider conteng beg macam tu? Sebab banyak penyamun curi beg rider, Penyamun plak seludup barang terlarang.

“Buat jenayah guna beg tersebut, jadi kalau ada yang berconteng mungkin banyak kali orang jahat fikir untuk ambil. Malah Beg tersebut bukan murah kalau nak beli,” katanya.

Bagaimanapun warganet tetap tidak bersetuju dengan ayat carutan malah menyuruh untuk tulis semuanya dengan selawat ataupun lukis watak kartun.

“Memang kena tulis mencarut lah baru tak hilang? kenapa tak letak sepenuhnya selawat je kan senang,” ujar Firdaus.

“Conteng je la benda-benda yang baik daripada mencarut. Lukis anime pun boleh,” tambah Walter Razak.

Baca juga: Netizen sebak lihat wanita bengkak mata menangis waktu hadiri majlis kahwin bekas kekasih