Umum mengetahui, satu rangkaian kedai kopi popular di Malaysia terlibat dengan gerakan boikot kerana didakwa menyokong penindasan rakyat Palestin.
Meskipun ramai rakyat tempatan begitu bersemangat untuk memberikan sokongan, ada juga individu yang berdepan kesukaran dalam memboikot jenama kopi tersebut.
Dikatakan mempunyai rasa yang sedap, pelanggan setia rangkaian kopi kedai tersebut mungkin sukar untuk menemui pengganti jenama kopi lain sebagai alternatif.
Prihatin dengan kegusaran orang ramai, seorang bekas barista atau pembuat kopi yang pernah bekerja di rangkaian kedai berkenaan tampil berkongsi resipi rahsia.
“Berbekalkan pengalaman bekerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku. Kalau nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sesudu kecil.
“Tetapi Nescafe ini power, macam panadol. Juling biji mata kalau minum. Untuk seorang minum. Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya.
“Kepada penagih (kopi) sekalian alam. Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah. Jangan gelas besar, 280 ke 325 milimeter sudah okay. Asal hilang ketagih,” katanya.
1. Sesudu kecil Nescafe. Tetapi serbuk jangan penuh menggunung.
2. Susu cair dalam dua hingga empat sudu kecil
3. Satu setengah hingga dua sudu kecil susu manis.
4. Campur dan kacau semua bahan.
5. Selepas selesai kacau baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih.
6. Sudah siap. Pastikan warna kopi seperti Sungai Pahang. Boleh tambah minyak kelapa dara.
“Sudah terbiasa dengan etika budaya kerja Starbucks dahulu kala. Jangan pernah tambah air sehingga penuh. Mesti 3/4. Memang sedap, jangan ketagihan sudahlah.
“Buat anda yang merupakan penggemar Nescafe itu memang wajib cuba! Barulah terbuka luas mata sebelum pergi kerja.” Ujarnya lagi.
Resipi bancuhan kopi berkenaan dikongsikan oleh bekas pekerja Starbucks itu menerusi satu hantaran tular yang dimuat naik di laman Facebook milik Viral Oh Viral.
Baca juga: “Banyak lagi syarikat besar asal Israel, kenapa ‘fast food’ sahaja jadi mangsa?” – Ustaz Don Daniyal