Bekas isteri Jay Iswazir dedah punca bercerai, dipaksa gugurkan kandungan

Oleh MAISARAH AISYA

Semakin banyak kes penceraian antara selebriti berlaku dan terbaru adalah pelakon Jay Iswazir dan bekas isteri Azzahra Ahmad.

Meskipun Jay memilih untuk tidak mendedahkan punca penceraian, bekas isterinya tampil mendedahkan bahawa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang dua tahun perkahwinan.

Menerusi hantaran di Instagram yang sudah dihapus Azzahra, dia mendedahkan dirinya dimaki seawal tiga bulan usia perkahwinan mereka.

“Allah memang nak tunjukkan sape kau sebenar Ahmad Iswazir, elok aib kau terjaga tapi kali ni aku tak mampu nak simpan lagi atas penipuan kau menjahanamkan hidup orang.

“Cukuplah jahanamkan hidup aku dan perempuan lain sebelum aku. Ya orang cakap aku tak cukup sabar kahwin dengan kau baru dua tahun lebih dah nak berpisah.

“Tapi rasanya sanggup ke anda wahai wanita andai baru kahwin tiga bulan pun dah makan maki hamun kena belasah dengan suami sendiri?

“Zahnita mungkin kuat dapat bertahan 20 tahun tapi cukup dua tahun lebih aku dengan kau Ahmad Iswazir,” ujarnya dalam hantaran di Instagram.

Pada masa sama Azzahra mendedahkan dia dipaksa menggugurkan kandungan namun memilih untuk tidak buat laporan polis atas dasar kasihan akan bekas suami yang berstatus pelakon.

“Ada ke suami tergamak paksa isteri gugurkan anak sendiri? Jantan xguna macam kau je yang sanggup perlakukan isteri kau mcm tu.

“Sepatutnya lama dh kau kena berkas tapi sebab aku ada ehsan lagi nk jaga nama kau takut periuk nasi kau tertutup. Aku tak buat report polis atas kau Ahmad Iswazir.

“Terima kasih banyak-banyak atas apa yang kau dah buat pada aku dan pada anak yang kau bunuh.

“Hidup aku hancur sebab kau aku depress aku hampir nak gila hampir nak bunuh diri selama aku jadi isteri kau Ahmad Iswazir,” tambahnya.

Baca juga: ‘Doakan aunty dapat baby boy ye’, ayat Fazura impi anak lelaki buat ramai sedih