Bekas menantu Ismail Sabri, Jovian Mandagie diisytihar muflis

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pereka fesyen terkenal dan usahawan Jovian Mandagie hari ini diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

Memetik portal Berita Harian, bekas menantu kepada Ismal Sabri itu didakwa gagal membayar hutang RM5.28 Juta.

Jovian diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) kerana gagal membayar pinjaman persahabatan daripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan, semuanya berjumlah RM5.28 juta.

Pada 20 november yang lalu, syarikat bernama Cekap Air Sdn Bhd memfailkan petisyen pemiutang kepada mahkamah. 

Petisyen itu menyebut Jovian selaku penghutang penghakiman, dalam masa enam bulan sebelum tarikh petisyen berkenaan, telah melakukan perbuatan kebankrapan, iaitu gagal mematuhi Notis Kebankrapan bertarikh21 Mei tahun lalu.

Ia menyatakan Jovian berhutang kepada Cekap Air RM 5,284,340.66 termasuk faedah setakat 21 Mei tahun lalu, iaitu jumlah yang perlu dibayar berikutan penghakiman terus oleh Mahkamah Tinggi pada 2 April tahun lalu melalui kes saman utama.