Bekas pemain hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan.
Nama pemain kebangsaan itu menjadi sebutan selepas tular videonya merayau dengan tidak berbaju seperti orang kurang siuman.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Khairul Amri Ahmad berkata, selepas beberapa hari mengesan lelaki berkenaan, semalam polis berjaya menemui Mohamad Asmawi di kawasan Taman Kerang, Kuantan.
“Jabatan terus memantau perkembangan Mohamad Asmawi yang akan menerima rawatan, diharapkan ada sinar buat dia selepas menerima rawatan yang disediakan HTAA.
“Kita akan berusaha untuk mendapatkan maklumat daripada HTAA membabitkan keluarga lelaki terbabit sebelum tindakan selanjutnya diputuskan,” kata Khairul Amri menurut BH Online.
Difahamkan Mohamad Asmawi dilahirkan di Kemaman, Terengganu dan pernah mewakili skuad hoki remaja kebangsaan B-16. Dia beraksi sebagai penjaga gol.
Baca juga Isteri pernah jadi tukang cuci, Achey tak akan lupa pengorbanan untuk dia kekal dalam industri