Tiada pasangan berkahwin dengan niat mahu bercerai di kemudian hari, semuanya pasti mahukan hubungan kekal hingga ke syurga.
Tapi kalau sudah tertulis jodoh tak panjang, hubungan juga tidak seindah dulu maka jalan terakhir ialah penceraian.
Media sebelum ini dikejutkan dengan berita penyanyi Adira yang memfailkan perceraian selepas tiada lagi persefahaman pada tahun 2023.
Namun pada Julai tahun lepas Adira dan bekas Datuk Seri Adnan Abu mengumumkan mereka kembali bercinta dan ada perancangan untuk berkahwin semula.
Menjawab dakwaan sudah berkahwin semula bersama Datuk Red, Adira tampil menafikan perkara tersebut lapor Harian Metro.
“Tiada berita gembira Datuk Red jenis suka bergurau, dia juga suka main cakap saja.
“Misalnya, dalam sesi ‘live’, ada orang bertanya sama ada sudah berkahwin balik, rujuk ke? Dia akan jawab ‘sudah’.
“Dia jenis sebegitu, dia akan jawab ya. Orang yang kenal, tahulah perangai dia macam mana. Jadi, tiada berita gembira daripada kami,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Mengulas dengan lebih lanjut, Adira sebolehnya mahu memberi tumpuan kepada anak dan tidak terfikir soal jodoh buat masa ini.
“Ramai mendoakan, tapi belum ada berita gembira. Saya tidak lagi sampai tahap itu, belum fikir untuk ada orang lain.
“Apa yang boleh saya cakap, saya selesa hidup seperti ini. Saya tengah fokus nak besarkan anak-anak dan cari rezeki. Anak-anak saya ramai dan mereka sangat perlukan saya.
“Bagi saya, kalau ada jodoh, adalah… Kalau tiada pun tak mengapa,” ujarnya.
Baca juga: Tekanan darah Aaron Aziz naik ke 179, rugi RM90,000 dakwa ditipu oleh agensi umrah