Belanjawan 2023: Wujudkan persekitaran kondusif buat pembangunan EV

Oleh MALAYSIADATELINE

Belanjawan 2023 harus memberi tumpuan dalam mewujudkan persekitaran kondusif untuk pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd (Proton) Roslan Abdullah berkata ia termasuk usaha menarik minat pengguna untuk beralih kepada EV selain memperkenalkan dasar-dasar mesra pelabur.

Katanya, dasar pelaburan yang baik penting sekali gus mampu membawa teknologi baharu masuk ke dalam negara.

“Dengan pengenalan insentif-insentif menarik yang boleh disediakan kerajaan ia akan menarik minat pelabur datang dan mungkin boleh menjadikan negara sebagai sebuah hub buat EV,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Proton bersama media di sini malam tadi.

Belanjawan 2023 akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 24 Feb ini. 

Sementara itu, Roslan berkata Proton sebagai satu daripada syarikat kenderaan nasional perlu menerajui penggunaan EV dan sebagai permulaan pihaknya akan bekerjasama dengan Smart Automobile Co Ltd bagi mengedar kenderaan Smart di Malaysia bermula suku keempat tahun ini.

Baca Artikel Penuh