Tak salah mahu berniaga tapi janganlah menggunakan ayat sedih dan menjualnya lebih daripada harga sebenar atas alasan mahu meminta bantuan.
Sindiket meminta sedekah dengan nota kecil dan barang jualan ini bukanlah sesuatu yang baru sebab satu ketika dahulu ada yang menjual ‘cupcake’.
Kini taktik terbaru adalah dengan menjual biskut dalam balang pada harga RM10 sedangkan ia sebenarnya tidak berbaloi.
“Tuan/puan, boleh minta tolong untuk membantu keluarga saya ada masalah kenangan tolonglah beli biskut. Satu pek RM10. Semoga murah rezeki,” tulis nota tersebut
Namun rakyat Malaysia sering prihatin dan menanggap ia sebagai satu cara untuk bersedekah atas alasan mahu membantu.
Berkongsi pengalaman di Facebook, banyak netizen berkongsi pernah didekati golongan ini yang menjual secara meja ke meja.
“Sindiket macam ni memang suka guna ayat ‘kalau tolong kita dapat pahala, kalau tipu itu antara dia dgn Tuhan.’ Sebab tu Sindiket ni masih mewah walaupun dah terdedah modus operandi diorang macam maba, tapi hati orang kita mudah kesian atau bahasa sekarang mudah kena scam.
“Saya pernah didatangi oleh penjual macam ni, saya tahu harga sebenar biskut tu tak sampai RM10 tapi fikir balik mungkin dia memang betul ada masalah jadi sedekah je lah.
“Hidup sekarang ramai yang perlukan duit jadi apa yang boleh menguntungkan dan itu cara mereka cari pendapatan. Kalau rasa tak berbaloi tak perlu beli.
“Anggaplah tu upah berjalan, modal berjalan dan upah beratur dekat kedai, dah tahun 2025 ni pilihan di tangan pembeli, bukannya dia paksa beli kalau dia paksa bolehlah nak viralkan,” antara komen netizen.
Baca juga: Wanita kesal dipecat hanya kerana solat cecah 20 minit di pejabat, surat amaran pun tak beri!