Perjalanan jauh dengan menaiki pengangkutan awam, pastinya ramai akan memilih keselesaan, jadi tidak terkejut jika ada yang beli dua tiket tempat duduk.
Namun, ada pemandu bas yang melihat tempat duduk kosong sebagai satu pendapatan tambahan dengan mengambil penumpang lain.
Bagaimanapun jika benar tiada penumpang, maka tidak menjadi masalah namun akan menyebabkan pergaduhan jika tempat duduk sebenarnya dibeli oleh penumpang disebelahnya.
Seorang pemuda, Mohammad Faeez Harith, menceritakan kembali di Twitter bagaiamana pemandu bas dengan selamba meletakkan penumpang tambahan di tempat duduk yang dibayarnya.
“Kalau naik bas ekspres kadang-kadang, pemandu bas yang tiba-tiba ambil penumpang tambahan ni yang bikin panas.
“Suka-suka hati letak penumpang tanbahan dia dekat tempat duduk yang kita dah beli. Ada sekali tu aku bertekak sebab aku beli dua kerusi sedap je dia letak orang kat situ,” ujarnya.
Ketika disoal pengguna lain mengenai tempat duduk tersebut, ia dikatakan kosong selepas bertekak dengan pemandu.
“Dapat setelah bertekak dengan mengamuk. Dah le tengah penat itu jam,” tambahnya lagi.
Pemandu bas perlu menghormati orang yang mungkin tidak selesa sehingga sanggup beli dua tiket bas dan memastikan penumpang lain duduk di tempat tiket yang dibeli oleh mereka.
Baca juga: Lufya tuntut mutaah RM1 juta daripada bekas suami selepas bercerai