Zaman sekarang, beli barang online dah jadi kebiasaan. Hanya perlu klik, bayar dan tunggu barang sampai depan pintu.
Tapi malangnya, tak semua pengalaman beli-belah dalam talian itu indah, ramai pengguna mengadu beli lain, tapi barang lain pula yang sampai.
Seorang wanita di Indonesia menagkui terkejut apabila dia menerima paket berisi gula sedangkan dia membeli telefon pintar iPhone secara dalam talian.
Menurut laman berita Lambe turah, video itu tular di media sosial selepas wanita dikenali sebagai Riana memaklumkan dia membeli iPhone daripada penjual dalam talian awal Mei lalu.
Pada mulanya mereka sempat berseloroh adakah ia sabun tapi apabila dibuka ia adalah gula pasir seberat 1 kilogram menyebabkan keduanya terkejut.
“Bagaimana boleh jadi begitu? Ia adalah gula,” ujar Riana dalam video yang tular.
Tidak menunggu lama, Riana terus bergegas syarikat penghantaran untuk membuat laporan di pejabat berkenaan.
Pengurus di situ menjelaskan bahawa mereka akan melakukan siasatan dan membuat laporan polis mengenai isu tersebut.
“Selepas membuat laporan, saya diberitahu bahawa wang akan dipulangkan dengan proses yang panjang.
“Semua urusan itu berlaku selama tiga minggu sebelum saya akhirnya menerima wang kembali,” kongsinya.