Beli nasi lemak RM4, wanita terkejut saiz udang sama kecil dengan ikan bilis

Oleh KIM SYAZIE

Nasi lemak antara menu popular untuk rakyat Malaysia ketika bersarapan namun dek kerana ekonomi sekarang, agak sukar untuk mencari nasi lemak dengan harga murah.

Jika harga nasi tersebut murah maka kuantiti atau pilihan lauk juga adalah terhad.

Seorang pengguna Facebook, Dee Amalia memuat naik gambar nasi lemak udang yang dibeli pada harga RM4.

Jika dilihat pada harga, sudah tentunya murah namun saiz udang tersebut agak menyedihkan kerana terlihat sama besar dengan ikan bilis.

nasi lemak
Gambar nasi lemak tersebut

“Nasi lemak udang RM4 dekat Johor Bahru (JB) Sentral, ni nak bagi ayam ke manusia yang makan. 

“Kalau seketul udang tak apa lagi, ni aduh ikan bilis pun lagi besar daripada udang. Cukup masa boleh pergi haji balik hari,” katanya dalam Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni.

Baca Artikel Penuh