Seorang gadis menangis terharu tatkala membuka mata dan melihat sebungkus roti diletakkan oleh ayahnya di atas meja.
Datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, tindakan lelaki itu mengundang sebak di hari ulang tahun kelahiran anaknya.
Gadis itu terharu kerana bapanya mencuba sehabis baik untuk memberi hadiah walaupun hidup di dalam serba kekurangan.
Menerusi video yang dimuat naik di laman aplikasi TikTok, roti itu turut disemat dengan nota tulisan bapa yang sudah lanjut usia itu.
“Selamat ulang tahun! Ayah cuma cukup (mampu) belikan ini. Dimakan dik, kalau ada rezeki ayah belikan yang mahal ya.
“Ayah pulang malam nanti, jaga adik,” tulis ayahnya yang menyelit nota itu di atas roti coklat pemberiannya.
Difahamkan, situasi menyayat hati itu berlaku di negara seberang berdasarkan bahasa yang digunakan di dalam nota tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial turut terharu dengan keikhlasan sang ayah untuk menggembirakan hati anak gadisnya.
“Sekurang-kurangnya beliau ingat dan berikan kata-kata yang mengharukan. Kasih sayang seorang ayah benar-benar wujud,” tulis seorang pengguna.
“Ini sudah cukup untuk menitiskan air mata seorang lelaki,” komen pengguna lain.
Baca juga: “Ayah omok datang ni” – Ziarah kubur ayah lepas balik sekolah, kanak-kanak undang sebak netizen