Bencana hujan cacing makin membimbangkan rakyat, muntah hijau kalau lalu kawasan ini

Oleh KIM SYAZIE

Melihat cacing di tanah sahaja sudah menggelikan apatah lagi jika dihujani serangga tersebut semasa berada di luar rumah.

Penduduk di wilayah Liaoning, China digesa mencari tempat perlindungan selepas kawasan itu dilanda fenomena ‘hujan cacing’.

Rakaman kejadian tersebut tular di media sosial, jelas kelihatan haiwan tersebut berselerak di atas jlan malah memenuhi bumbung kereta lapor New York Post.

Kelihatan beberapa penduduk yang menggunakan payung bagi melindungi diri mereka ketika berjalan di kawasan tersebut.

Punca kejadian aneh itu bagaimanapun belum diketahui, namun jurnal saintifik Mother Nature Network mencadangkan bahawa haiwan itu telah dihanyutkan oleh kejadian angin kencang.

Kertas penyelidikan itu juga mendakwa kejadian tersebut boleh berlaku selepas ribut apabila serangga terperangkap dalam pusaran angin.

Baca Artikel Penuh