Berang kad Touch ‘n Go tak boleh guna, netizen saran buat aduan ‘online’ bukan marah jurutol

Oleh MAISARAH AISYA

Kad Touch ‘n Go semakin canggih apatah lagi ada sesetengah kad yang dibeli melalui aplikasi boleh ditambah nilai secara atas talian.

Namun kad ini juga ada kekurangannya apabila sesetengah orang awam mengadu kad tersebut dikatakan cepat rosak.

Seorang pengguna Twitter, @IniAlalalannn memuat naik satu video seorang lelaki yang berang apabila kad tersebut tidak boleh digunakan.

Tidak hanya itu dia juga memarahi jurutol itu kerana masalah teknikal yang dihadapinya.

“Saya punya Touch ‘n Go baru beli tapi sampai sini, dia punya palang tol tak nak buka. Lepas itu dia (jurutol) suruh saya bayar secara tunai pula.

“Habis apa guna saya beli kad ni,” ujarnya.

Salah seorang pekerja turut mencuba untuk mengguna kad tersebut di lorong lain namun tidak berjaya, jadi pastinya ada kesilapan teknikal pada kad tersebut.

Rata-rata warganet meminta lelaki tersebut untuk membuat aduan secara atas talian dan tidak melempias marah kepada pekerja di situ.

“Dah tak boleh bayar Touch ‘n Go, bayar cash (tunai). Bukan masalah adik kerja tol tu pun bang. Abg patahkan palang tu, abg juga polis cari,” komen Saiful Emran.

Seorang pengguna, @Cacaqiwaaa12 mempersoal sama ada kad NFC Touch ‘n Go tersebut sebenarnya tidak di aktifkan terlebih dahulu.

“Kad NFC, entah-entah sibuk tengok orang rebut beli NFC card, dia pun nak juga. Tapi tak daftar card dulu tetiba meroyan takleh guna.

“Patah ke gunting ke kad tu, kau ingat jurutol tu kisah,” katanya.

Baca juga: Abang polis teriak menangis anak masuk asrama, “balik rumah saya cium baju dia, rindu..”