Beratur 2km demi raja buah, durian percuma jadi rebutan!

Oleh MALAYSIADATELINE

Asalkan namanya percuma, berapa kilometer sahaja pun sanggup beratur apatah lagi untuk makan raja buah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Bukan sedikit tampir hampir 1,000 peminat buah durian sanggup beratur sehingga 2 kilometer (km) semata-mata mahu menikmati durian Sungai Ara.

Mereka yang terdiri daripada anak muda hingga warga emas sanggup beratur ntuk menikmati pelbagai variasi durian di Taman Jajar Sungai Ara.

Rupanya Pesta Durian & Pertandingan Durian Bukit Sungai Ara itu adalah acara tahunan yang dianjur Pejabat Parlimen Bayan Baru lapor Kosmo! Online.

Kongsi seorang warga emas dikenali sebagai Tan, dia sanggup memandu kereta dari Jelutong demi merasai durian asli yang ditanam orang tempatan.

Katanya, dia menantikan program ini setiap tahun dan menganggapnya sebagai peluang keemasan untuk menikmati raja buah secara percuma

“Saya tidak akan melepaskan peluang untuk merasai pelbagai jenis durian yang diberikan secara percuma. Daripada jenis jenis kampung, kahwin sampai yang premium.

“Jika hendak beli durian kahwin atau premium sudah tentu harganya lebih RM30 sebiji.

“Di sini, saya boleh makan pelbagai durian yang sedia dihidangkan kepada pengunjung,” katanyanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, sebanyak 1,800 kilogram durian Sungai Ara dibawa khas untuk memuaskan selera para penggemar raja buah.

Baca juga: Lembu didakwa ditambat di tiang elektrik, ‘terkorban’ kena renjatan sebelum disembelih