Bercerai selepas 25 tahun hidup bersama, bekas suami diarah bayar RM960,300 sebagai gaji suri rumah

Oleh KIM SYAZIE

Seorang ahli perniagaan di Sepanyol diarahkan untuk membayar bekas isteri sebanyak 180,000 (RM960,300) pound sterling sebagai gaji suri rumah.

Moral dikatakan perlu membayar jumlah tersebut sebagai penyelesaian kes penceraian dengan Ivana selepas 25 tahun hidup bersama lapor Metro UK.

Keputusan itu dibuat oleh hakim mahkamah di Velez-Malaga di selatan Sepanyol dan bayaran dibuat berdasarkan gaji minimum untuk kerja rumah.

“Dia menghabiskan hampir seumur hidupnya bekerja di rumah.

“Ini bermakna (dia) menjaga rumah, keluarga dan semuanya,” menurut keputusan kes perceraian pasangan itu.

Moral juga diperintahkan membayar pencen bulanan kepada isterinya bersamaan 444 pound sterling (kira-kira RM2,369).

Baca Artikel Penuh