Bercinta selepas View Chin berpisah, Mira mohon maaf dekat Ah Moi

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, pekerja View Chin, Mira akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Mira mengakui hubungan cintanya itu hanya berlaku selepas pasangan suami isteri itu berpisah dan bukan semasa mereka masih bersama.

Menerusi hantaran di Insta Story, Mira turut memohon maaf secara terbuka kepada bekas isteri View Chin, Shermine Hau Ah Moi dan anak-anaknya.

“Saya Amirah Aqilah Firdaus ingin memohon maaf kepada Shermine, Sylvia, Scarlett and Shyane setelah apa yang berlaku.

“Saya rasa menyesal dan mengakui segala kesilapan saya. Tetapi hubungan saya dan View Chin bermula setelah mereka telah sah bercerai.

“Bukan semasa mereka mash bersama seperti yang telah tular sekarang,” tulisnya.

Pada masa sama, Mira memaklumkan dia tidak ada kaitan dengan penceraian pasangan tersebut dan sanggup terima kecaman yang dilempar kepadanya lapor Kosmo.

Pendedahan Shermine mengenai hubungan suami dan pekerjanya sendiri meraih simpati rakyat terhadap wanita tersebut.

Baca juga: View Chin dedah bakal kahwin dengan Mira, sedia masuk islam