Berdepan cuaca sejuk, Hospital Medan Malaysia tetap berjaya laksana pembedahan pertama di Turkiye

Oleh KIM SYAZIE

Hospital Medan Malaysia (HMM) yang dibangunkan di Aditaman, Turkiye berjaya menjalankan pembedahan pertamanya kelmarin.

Pembedahan tersebut melibatkan seorang wanita tempatan berusia 48 tahun yang mengalami kecederaan patah tulang pada lengan kirinya.

Pembedahan ortopedik itu diketuai oleh Pakar Bedah Ortopedik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Kolonel Dr Nazran Rahman.

Difahamkan, operasi yang dijalankan bersama tim dewan bedah HMM itu berjaya dilaksanakan tanpa sebarang komplikasi.

Mula dibuka pada 14 Februari lalu khusus untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi, HMM telah merawat lebih dari 164 orang pesakit.

HMM yang dikelola oleh ATM itu terletak kira-kira 152 kilometer dari Gaziantep, iaitu kawasan yang paling terjejas dalam fenomena gempa bumi.

Baca Artikel Penuh