Berhabis RM12,000 di malam terawih pertama, Shahid hadiahkan telekung kristal buat isteri

Oleh WAN SITI AMINAH

Siapa sangka, seorang suami sanggup membelanjakan wang mencecah RM12,000 hanya untuk menggembirakan isterinya di malam pertama terawih.

Perbelanjaan tersebut dikeluarkan oleh personaliti media sosial yang dikenali sebagai Prince Syed untuk menghasilkan telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski.

Difahamkan, telekung tersebut direka dan dijahit sendiri oleh lelaki berusia 32 tahun tersebut sebelum dihadiahkan kepada isterinya untuk dipakai ketika solat terawih.

Jelas pemilik nama sebenar Syed Muhammad Shah Hasif itu, hadiah tersebut adalah satu bentuk kejutan istimewa yang tidak diketahui isterinya, Fatin Syazwani Ishak.

“Sebenarnya hari itu, isteri saya ternampak ada seorang pengasas produk memiliki telekung indah dan cantik dengan taburan Swarovski seperti ini. Katanya kalau ada rezeki, teringin nak merasa juga.

“Tetapi isteri saya tidak meminta pun. Semua pengikut saya sedia maklum yang isteri ini memang bukan suka meminta macam-macam dan jenisnya ikut sahaja cakap suami.

“Jadi, saya berpakat dengan pembantu peribadi rancang kejutan untuk hadiahkan telekung Swarovski yang dijahit sendiri ini kepada isteri sebelum pergi solat terawih dekat masjid,” katanya.

@syed.fatin.jaeden.haifa

Kalini abam jahit telekung Swarovski istimewa untuk isteri abam yg tersayang , modal bernilai rm 12k bertakhtakan batu kristal Swarovski asli , actually sebenarnya haritu isteri sy ada nmpk sorang founder ni memiliki telekung yang indah2 dan cantik dengan taburan swarovski , dia kata kalo satu hari nanti ada rezeki teringin nk merasa pakai telekung macam tu … tapi isteri sy tak meminta minta pon , masing2 yg follow kami pon sedia maklum kan , yang isteri sy ni bukan jenis suka minta macam2 dan jenis ikut jer cakap suaminya ni … alhamdulillah sy memiliki isteri yang baik macam ni … jadi sy pakat dengan P.A sy untuk plan surprise utk nk bg hadiah telekung Swarovski yang sy jahit sendiri dan hadiahkan pada isteri sy untuk pergi Terawih kat masjid dan alhamdulillah tercapai jugak dan berjaya jugak siap telekung ni , lg pon sy rasa tak membazir sebab kita nak menghadap Allah , dan alhamdulillah Allah beri rezeki lebih pada kami suami isteri sebab kami sama2 urus perniagaan Laksa dan macam2 sepanjang kami bersama , jadi harta yang ada ni , ada hak untuk isteri sy merasa , jadinya sy kene lebih kuat dan rajin lg usaha untuk bagi isteri dan anak2 kami bahagia in sha Allah …. Terima kasih semua yang support kami selama ni sehingga kami dikenali dan disayangi oleh semua , kami syg semua followers kami , salam Ramadhan semua , esok kita Puasa 🥰❤️😘 Temui kami disemua BAZAAR RAMADHAN & RAYA BERIKUT SENARAI : 1. Bazaar Ramadhan PKNS SHAH ALAM 2. Bazaar Ramadhan GM KLANG 3. Bazaar Raya Jalan TAR di Pertama Kompleks 4. Ekspo Mega Raya Lotus Semenyih 6. grand Bazaar Mega Raya D’MK Medan Selera , Manjung Musang King , Manjung Perak 7. Gema Raya Aidilfitri PWTC 8. Bazar ramadan Econsave lukut port dickson 9. Food Festival MUBARAQ RAYA JAKEL MALL KUALA LUMPUR 10. Dan banyak lagi yang akan kami war2kan dan publish

♬ original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa

Mengundang perhatian ramai, perkara tersebut dikongsikan oleh Syed menerusi satu hantaran video yang tular selepas dimuat naik di akaun media sosial TikTok miliknya.

Walaupun melibatkan kos yang tinggi, Syed bagaimanapun tidak menganggapnya sebagai satu pembaziran berikutan telekung itu digunakan isterinya untuk beribadat.

Malahan, pemberian telekung itu juga adalah tanda kasih sayangnya terhadap isteri yang berhempas pulas memasak untuk membantu perniagaan laksa milik mereka.

“Saya rasa tidak membazir sebab kita nak menghadap Allah. Alhamdulillah Allah beri rezeki lebih kepada kami suami isteri sebab sama-sama uruskan perniagaan Laksa.

“Harta yang diperoleh sepanjang kami bersama, ada hak untuk isteri merasa. Jadi saya kena lebih kuat dan rajin berusaha untuk bahagiakan isteri dan anak-anak Insya-Allah.” Ulasnya.

Baca juga: Pemuda ini raih 1 juta tontonan lepas buat kerja gila, beli bagasi kosong dan borong roti Gardenia bawa balik Sabah