Berharga RM5,500, netizen geli hati baju butik mewah sama dengan seragam pekerja restoran mamak

Oleh KIM SYAZIE

Perkongsian seorang pengguna TikTok yang menyamakan baju keluaran butik mewah dengan pakaian seragam pekerja di restoran mamak, membuatkan ramai geli hati.

Menerusi video tersebut, @afifsukhairi menunjukkan baju mewah jenama Versace itu dengan kapsyen ‘baju Nasi Kandar Pelita’

Hasil carian di laman sesawang Versace, baju tersebut yang dipanggil sebagai Barocco 660 Silk Shirt itu dijual dengan harga EUR1,100 (~RM5,500).

@afifsukhairi

Tudiaaa baju nasi kandar pelita pon ada juai kat VERSACE🤣🤣🤣 #fyp #versace #pelita #branded #apparel

♬ original sound – Afif Sukhairi – Afif Sukhairi

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan hantaran tersebut apatah lagi ia turut mendapat perhatian laman rasmi Nasi Kandar Pelita Official.

Netizen berseloroh mengatakan patutlah makanan laut di kedai mamak semuanya mahal kerana kakitangan Nasi Kandar pelita sendiri menggayakan baju jenama Versace.

“Baru aku tahu semua staff pakai baju Versace. Patutlah sotong dengan udang situ mahal,” kata pengguna TikTok.

“Dah beli Versace mahal-mahal, balik lepak Pelita,” seloroh yang lain pula.

Baca juga: Gara-gara bantu ‘gelandangan’ popular, Ebit Liew dilabel penunggang agama?