Isu keretakan rumah tangga diantara pelakon Mawar Rashid dan suami Raf Yaakob timbul selepas netizen memerhati gambar usahawan tersebut sudah dibuang dari media sosialnya.
Raf bagaimanapun meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi mengenai status perkahwinannya.
Menurut Harian Metro, Raf menerusi saluran Telegram yang diwujudkan khas untuk kisah rumah tangganya itu berpendapat setiap insan harus berpegang pada takdir.
“Selamat pagi semua. Saya berpendapat lebih baik berhenti menyebarkan sebarang spekulasi, kebencian dan perkara negatif dalam apa jua aspek.
“Kita berpegang semula pada rukun iman keenam iaitu percaya kepada qada dan qadar. Ia membawa maksud kepada berpegang kepada takdir.
“Seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah SWT.
“Sebagai manusia kita hanya pasrah dan reda kerana Allah SWT lebih mengetahui semuanya,” tulis Raf.
Ramai yang tekejut susulan Mawar membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab awal bulan lalu.
Apatah lagi segala gambar suami telah dipadam atau diturunkan hingga menyebabkan tular spekulasi mereka sudah berpisah.
Media melaporkan, mereka sepatutnya hadir ke mahkamah syariah, baru-baru ini.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Baca juga: Dakwa bakal bercerai, Mawar Rashid matikan telefon, pilih berdiam diri