“Berhibur di Golok sisi gelap Kelantan” – Netizen persoal Nik Abduh, minta solusi dari kerajaan tempatan

Oleh MAISARAH AISYA

Isu rakyat Kelantan berhibur di Golok pada hujung minggu bukanlah sesuatu yang baru apatah lagi ke sana tidak memerlukan duit banyak.

Umum tahu untuk rakyat Kelantan ke Golok, Thailand hanya memerlukan border pass dan Kadar bayaran juga adalah murah berbanding passport.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan ramai anak muda dari negeri itu termasuk perempuan berkunjung ke Golok, Selatan Thailand.

Biasanya ia berlaku pada hari minggu semata-mata untuk berhibur di kelab malam negara jiran berkenaan.

Tidak menafikan, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui trend anak muda Kelantan berhibur di Golok adalah sisi gelap negeri itu.

“Berhibur di Golok? Ya, ia sisi gelap Kelantan. Saya dengarnya sejak kecil lagi dan ia tak akan berakhir.

“Syaitan kekal berpengikut,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.

Bagaimanapun orang ramai meninggalkan komen memerli disamping meminta solusi agar perkara tersebut dibendung secepatnya.

“Apa solusi daripada pandangan ustaz, sebab ini berlaku dari generasi ke generasi, sepatutnya pemimpin tempatan kena ambil tanggungjawab menyelesaikan serta menyelamatkan anak muda daripada terus hanyut.

“Apa solusinya ustaz? Biarkan sahaja atau ada tindakan yang perlu diambil dari kerajaan tempatan.

“Tidak menjawab persoalan, selain berlepas diri. Jadi apa tujuan memerintah kalau perkara sebesar itu pun buat tak tahu,” antara komen orang ramai di hantaran tersebut.

Baca juga: Restoran selamba buang sisa makanan dalam longkang, habis busuk kawasan rumah