Sekian lama berdiam diri, pelakon sensasi, Meerqeen akhirnya menjawab tuduhan yang mendakwa dirinya bercium dengan rakan selebriti, Mimi Lana.
Jelas Meerqeen, perbuatan tidak senonoh tersebut tidak mungkin dilakukannya terhadap Mimi berikutan telah menganggap gadis tersebut sebagai seorang rakan.
Malah, Meerqeen juga tiada di tempat kejadian ketika dakwaan bercium dalam sebuah kelab malam di ibu kota itu timbul kerana terlibat dengan penggambaran di luar kawasan.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam itu tidak menolak jika khabar angin tersebut sengaja disebar untuk menjatuhkannya, lapor Mstar.
“Tak mungkin saya akan buat perkara itu. Saya dan dia (Mimi) kawan. Lagipun ketika cerita itu timbul, saya tiada di Kuala Lumpur kerana terlibat dalam penggambaran.
“la tidak berlaku langsung. Saya pun terkejut apabila terbaca mengenai hal itu. Semakin lama kita dalam industri, pasti akan ada orang yang tidak suka dengan kita.
“(Mereka) mahu menjatuhkan kita,” kata Meeqeen yang mula menempa nama setelah memenangi tempat ketiga Hero Remaja siri 2019/2020 itu memetik laporan Mstar.
Pada masa yang sama, bintang drama Melur Untuk Firdaus itu menafikan bahawa dirinya menjadi punca keretakan dalam hubungan Mimi dan tunangnya, Syafiq Kyle.
Bahkan Meerqeen mengaku telah menghubungi Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak lebih awal untuk menjelaskan keadaan yang sebenar.
“Kami dalam lingkungan sahabat yang sama. Tak mungkinlah saya buat perkara sebegitu. Saya dan Mimi hanya rakan sahaja.
“Saya juga telah berhubung dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara sebenar,” ulas Meerqeen yang berusia 22 tahun itu dengan tegas untuk menepis spekulasi tersebut.
Selebriti kelahiran Ampang, Selangor itu juga mengakui lebih selesa untuk mengambil langkah berdiam diri apabila mengetahui perkara tersebut telah tular di media sosial.
Hal ini kerana, Meerqeen menyedari bahawa kehidupannya sebagai seorang artis sering menjadi perhatian ramai dan dia tentunya tidak boleh memuaskan hati semua pihak.
“Kenapa saya perlu jawab hanya untuk puaskan hati semua orang? Lebih baik saya berdiam. Cukuplah keluarga sahaja tahu apa yang saya buat.” Jelas Meerqeen lagi.
Terdahulu, tersebar satu dakwaan di pelbagai platform media sosial yang menuduh dua orang selebriti tempatan bercium di sebuah kelab malam terletak di ibu kota.
Nama Meerqeen dan Mimi Lana kemudian ‘dipetik’ sebagai pihak yang terlibat ekoran kedua-dua pelakon itu sedang bergandingan dalam drama bersiri Headliners.
Baca juga: “Ada neraka khas untuk korang!” -Warganet jijik lihat lelaki selamba ‘jual’ isteri hamil 2 bulan