Beribu ayam mati kelaparan, penternak sibuk buka ladang padahal tak pandai jaga

Oleh KIM SYAZIE

Sengaja membiarkan 2,000 ayam mati kelaparan, seorang pengusaha telur dipenjara dua tahun kerana melanggar hak asasi haiwan.

Menurut STV News, Peter Armitage dipenjara serta digantung permit daripada memiliki haiwan untuk 15 tahun akan datang.

Kesalahan tersebut berlaku di ladang miliknya di Lochquoy Farm, Durran berdekatan Castletown di Caithness.

Satu maklumat tanpa nama diberikan kepada pihak polis Highland pada tahun 2017 tentang keadaan ladang tersebut.

Bertindak atas maklumat, satu pemeriksaan mengejut telah dijalankan di kawasan tersebut oleh agensi kesihatan tempatan.

Hasil pemeriksaan mendapati banyak bangkai ayam dan telur yang membusuk serta najis tikus di merata-rata tempat.

Standard kesihatan berada pada tahap paling rendah di ladang tersebut.

Peter dipenjara dua tahun dan tiga bulan selepas mengakui gagal menyelenggara premisnya dengan baik.

Dia juga membiarkan kehadiran haiwan perosak yang membawa mudarat kepada haiwan ternakan.

Baca juga: Gempar! Kakak dedah gaji Asif Suhaimi diguna bapa untuk berjudi, beli dadah