Berita baik KWSP untuk anda semua

Oleh ROSLAN ZAMAN

Nampaknya tahun ini pencarum KWSP boleh mengukir senyuman lebar apabila ada berita baik dari KWSP yang bakal diumumkan.

Berita baik yang dimaksudkan adalah dividen yang lebih tinggi dari tahun-tahun sebelumnya. Ini berikutan prestasi baik yang ditunjukkan oleh kumpulan itu, kata laporan Bernama.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata, KWSP telah mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM57.5 bilion sehingga suku ketiga tahun 2024.

Angka ini lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, sekali gus memberi petanda positif kepada pencarum.

Oleh itu, insya-ALLAH prestasi berterusan pada suku keempat dan dividen akan memberangsangkan. Namun, saya tak boleh komen apa dividennya. Itu tunggulah. Boleh kata lebih baik. Insya-ALLAH.

Ujar beliau lagi, KWSP dijangka mengumumkan kadar dividen 2024 pada awal Mac ini.

baca: KWSP SImpanan Syariah