Tular beberapa keping gambar menunjukkan penjaja di tepi jalan yang selamba berniaga di kawasan tidak sepatutnya seperti di hentian bas, dan laluan pejalan kaki sampai mengganggu laluan orang awam.
Menerusi perkongsian orang awam di Twitter, mereka menyatakan kekhuatiran dengan sikap sesetengah peniaga yang tidak mengambil pertimbangan soal lokasi perniagaan mereka.
Mereka turut mengutarakan isu tentang mengambil hak orang lain di kala sedang mencari rezeki.
Dalam gambar yang dikongsi, jelas terlihat beberapa biji lori di parkir di kawasan lintasan pejalan kaki, dan yang lebih teruk ada yang membuka kios bergerak di atas tapak parkir khas untuk bas.
“Bukan nak tabur pasir kat periuk nasi orang, tapi kalau nak berniaga tu pun tengoklah tempat.
“Gambar terakhir paling best, dia berniaga dalam hentian bas jadi bas pun terpaksa berhenti tengah jalan untuk turunkan penumpang. Haih,” keluh pengguna Twitter @harriszainul.
Perkongsian itu turut mengundang komentar ramai yang sebenarnya memahami niat peniaga mencari pendapatan, namun ia telah mengganggu hak orang awam yang lain.
Mereka juga menyatakan saranan agar pihak kerajaan bertegas dengan kumpulan penjaja di tepi jalan dengan menguatkuasakan peraturan tegas seperti Singapura.
“Salah satu sebab ada negara seperti Singapura tak benarkan penjaja tepi jalan, nak elakkan macam inilah. Kerajaan Malaysia tahu, tapi sebab budi bicara dan belas ihsan, benarkan B40 berniaga tepi jalan tambah pendapatan,” komen @Sauffie_84
“If DBKL really enforce the rule, meletup satu Malaysia benda tu akan jadi isu perkauman dan politik. Not that only one race yang buat perangai. They all do it. Occupying pavement around the city looks like a trend nowadays. Bike lane lagi. You name it,” komen pula @tumpanglalusaja.
Baca juga: Nurul Izzah keguguran, wanita desak lulus pengeluaran KWSP