Bukan seorang atau dua, tetapi sudah ramai anak seni berpengalaman tampil menegur sikap segelintir pelakon baru yang didakwa kurang berdisiplin ketika di set penggambaran.
Pelakon Emma Maembong sendiri pernah mempunyai masalah dengan pelakon baru yang dilihat tidak menepati masa lapor Kosmo! Online.
“Kita boleh tahu seseorang itu bertahan lama dalam industri atau tidak, jika dia jaga disiplin.
“Kalau kita lambat pergi tengok wayang. Filem itu tetap akan ditayangkan tapi kalau kita lambat datang (tak hormat calltime) lokasi penggambaran terutama pada waktu pagi, semua orang akan tunggu awak.
“Awak akan menyusahkan banyak orang termasuk pengarah, jurukamera, jurusolek, pasukan yang jaga pakaian.
“Ikutlah engkau nak berparti sampai malam sebab kadangkala budak muda ini mahu berparti cuma tidak tahu kemampuan diri. Esok itu boleh bangun awal atau tidak?,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Dalam masa sama, Emma berkongsi dia pernah ‘disidai’ seharian di set apabila ada pelakon hanya memaklumkan pada saat akhir bahawa mereka tak sempat hadir untuk penggambaran.
“Saya pernah datang sejak awal pagi sampai malam, lepas itu mereka minta maaf sebab tak sempat nak lakukan penggambaran tapi saya ini sudah tua, kalau dulu mungkin sedikit berang.
“Kini, saya ambil kopi, pulang. Balik rumah sapu minyak angin dan jaga anak.
“Saya kerja keras demi anak-anak juga. Begitulah sebahagian daripada pekerjaan kita sedangkan disiplin sangat penting,” tambahnya.
Baca juga: Kenderaan Singapura masuk Malaysia tapi tak daftar VEP? Siap sedia kena saman lepas Julai