Bersatu bantah Pejuang sertai PN, anggap Mukhriz terdesak mahu selamatkan hayat politik

Oleh KIM SYAZIE

Tindakan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membuat permohonan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) dilihat sebagai ‘terdesak’ oleh pimpinan Bersatu.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-15, semua calon Pejuang termasuk Mukhriz dan bekas pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad hilang deposit.

Ekoran kekalahan teruk parti berkenaan, pemimpin Bersatu membantah permohonan Pejuang untuk menyertai PN.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman, berkata beliau secara peribadi menolak penyertaan Pejuang dalam PN menerusi satu kenyataan di Facebook.

Beliau menganggap tindakan Mukhriz sebagai “terdesak, oportunis dan tiada prinsip”.

Sebelum ini media melaporkan Majlis Eksekutif Pusat Pejuang memutuskan parti itu memohon menyertai gabungan diterajui Muhyiddin Yassin.

Baca Artikel Penuh