Sudah menjadi kebiasaan untuk orang lebih berusia menyimpan duit pencen mereka di rumah kerana malas untuk ke bank.
Tapi kalau cucu kesayangan sudah balik maka simpanlah duit dekat tempat yang sukar dicapai kalau tidak menangis tak berlagu bila jadi macam kes di bawah.
Tular di media sosial mengenai gambar duit yang dipotong dan diletak dalam satu bekas rupanya itu semua disebabkan kanak-kanak yang pulang bercuti ke kampung.
Menerusi hantaran yang dibuat pengguna media sosial, Manja Juwita, dia memaklumkan bahawa wang kertas tersebut digunting untuk main ‘masak-masak’.
Lebih mengejutkan bukan hanya not kecil yang digunting tapi bekas tersebut dipenuhi not RM10 dan RM50.
“Musim cuti sekolah ni cucu duduk rumah kena berjaga-jaga, jangan biarkan dia berseorangan.
“Habis duit pencen atuk dia gunting katanya nak buat main masak-masak,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang ketawa melihat situasi tersebut.
“Kaya atuk ni duit pencen letak merata-rata. Tidak hairanlah duit banyak cucu gunting buat mainan.
“Anak-anak sekarang kreatif. Mereka meneroka segala apa yg ada di sekeliling.
“Perkembangan psikomotor turut berperanan dalam proses untuk mengadaptasi benda-benda yang mereka sentuh.
“Kalau simpan duit betul-betul tak akan jadi macam ini. Boleh cuba bawa ke bank negara, mungkin mereka boleh bantu,” antara komen pengguna media sosial.