Betul ke ekonomi negara dipegang oleh Cina

Oleh BORHAN AHMAD

Ramai yang berpendapat ekonomi telah dipegang oleh orang dari bangsa Cina. Mengapa ini boleh terjadi? Adakah kerana peringkat pengajian atau persekolahan, kita di sekolah kebangsaan tidak ditekankan peri penting untuk mempunyai bahasa kedua seperti mandarin atau tamil. Ia berbeza dengan sekolah jenis kebangsaan, mereka diwajibkan belajar bahasa Malaysia.

Kadangkala kita jarang lihat orang cina bergaduh untuk dapatkan tapak perniagaan sesama mereka dan ia sangat kontrakdik dengan bangsa melayu. Melayu saban tahun bergaduh hanya untuk mendapatkan tapak berniaga dibazar ramadan.

Begitu juga dalam persatuan, bangsa cina mempunyai persatuan mereka dan sangat aktif. Disebabkan itu juga mereka tidak bergantung kepada kerajaan dan bangsa lain. Mereka juga saling bertolong bantu dalam urusan perniagaan.

Di kalangan bangsa Melayu juga mempunyai banyak dana melalui institusi Islam yang ada, namun ia hilang entah kemana. Ada juga instisusi yang dibangunkan atas asas membantu meningkatkan taraf hidup melayu dan Islam namun ianya banyak yang bersifat populis dan retorik.

Bila sampai masa Melayu susah, mereka mula menyalahkan bangsa lain sedangkan pemimpin kita nyata dan jelas berbangsa Melayu serta beragama Islam.