Betul ke gaji pemandu lori sampai RM10,000? Abang lori tak setuju, ia bukan realiti sebenar yang diterima setiap bulan

Oleh KIM SYAZIE

Betul ke gaji pemandu lori yang diberi jolokan nama ‘pilot darat’ ini dibayar gaji sehingga RM10,000 sebulan? Isu ini terus menjadi tanda tanya dan perbualan ramai memandangkan banyak perselisihan pendapat mengenai hal tersebut.

Awal tahun ini juga tular dengan pendedahan seorang pemandu lori bahawa gaji bersih mereka sekitar RM6,000 hingga RM10,000.

Tampil berkongsikan hal berkenaan pekerjaan mencabar ini, seorang pemandu lori mendedahkan realiti sebenar menggalas tugas sebagai pemandu lori dan dakwaan bayaran setinggi RM10,000 bagi pekerjaan itu.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, lelaki ini tidak bersetuju dengan sikap segelintir pemandu lori yang gemar mencanang mengenai pendapatan mereka yang dikatakan mencecah puluhan ribu ringgit sedangkan itu bukanlah realiti sebenar yang diterima setiap bulan.

Dia turut mempersoal adakah seseorang pemandu itu boleh mengemukakan bukti slip gaji mereka yang kononnya dibayar gaji puluhan ribu setiap bulan.

“Gaji RM10k ke RM20k ke hang berceritalah. Yang realitinya boleh ke maintain RM10k tiap-tiap bulan? Setahun dapat sekali, cerita satu dunia. Tapi yang dapat RM3,000 dan RM4,000 tiap-tiap bulan hampa tak mahu cerita.

Baca Artikel Penuh