Rakyat kini boleh memohon dana terus daripada kerajaan bagi membiayai pelaksanaan projek baik pulih infrastruktur kecil di kawasan setempat.
Antara projek kecil yang terlibat adalah seperti pembaikan jalan raya, laluan pejalan kaki, penyelenggaraan lif, baik pulih surau dan sekolah.
Memperuntukan dana RM500 juta, biaya ini boleh dipohon secara terus kepada Kementerian Ekonomi menerusi Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR).
Satu inisiatif dalam usaha pendemokrasian dana kerajaan, berita baik itu disampaikan sendiri oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Tertakluk kepada beberapa kriteria, dana projek yang dipohon menerusi IKR harus memberi manfaat segera kepada masyarakat.
Rafizi memaklumkan, kos projek yang terlibat dalam permohonan IKR juga tidak boleh melebihi daripada RM200,000.
Projek terbabit juga tidak bertindih dengan projek yang telah menerima kelulusan peruntukan daripada agensi kerajaan lain (Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri).
Bukan untuk kepentingan atau keperluan individu, projek yang dibangun atas tanah persendirian juga tidak boleh memohon dana IKR.
“Pelaksanaan IKR juga bertujuan untuk membantu kontraktor kecil seluruh Malaysia yang akan mendapat manfaat daripada projek kecil ini.
“(IKR juga) mempercepatkan pelaksanaan projek infrastruktur kecil awam di seluruh negara bagi manfaat rakyat,” katanya.
Orang ramai boleh memohon bantuan projek infrastruktur awam kecil di atas talian melalui laman web IKR di alamat ikr.ekonomi.gov.my.
Baca juga: Budak ‘intern’ pergi kerja guna duit bukan air kolah masjid, munasabahlah jika tanya soal elaun