“Bila isteri aku disahkan kena HIV, aku terus tuduh dia curang dengan laki lain, aku nekad..”

Oleh MAISARAH AISYA

Kekuatan sebuah perkahwinan bergantung sepenuhnya kepada suami dan isteri, asas kepada kebahagiaan adalah percaya antara satu sama lain.

Walaupun sekarang tular dengan kes curang, penyondol di merata tempat namun janganlah cepat menunding jari sebelum ada bukti kukuh.

Di bawah adalah perkongsian seorang lelaki yang menuduh isterinya curang selepas pasangannya itu disahkan positif HIV.

Asalamualaikum, mohon admin hide kan profil aku, aku berumah tangga selama lima tahun, isteriku dulu seorang yang kaya lagi cantik, aku pula anak yatim piatu, aku miskin.

Aku jumpa isteri aku di tempat kerja, aku kerja sebagai mekanik, isteri aku pula bekerja di syarikat bapanya.

isteri nak servis kereta masa tu, aku buat dan tak sangka kami boleh bercinta, di pendek kan cerita, aku yang ayat dlu. Pertama sekadar bergurau, namun tak sangka kami di tahap serius.

Selepas dua tahun bercinta secara senyap-senyap, isteri memaklumkan akan dijodohkan dengan anak orang kaya, aku hanya mampu memintanya untuk menerima.

Aku hanya orang yang miskin lagi hina dan tak mampu beri apa-apa pada dia, beza aku dan anak orang kaya itu bagaikan langit dan bumi, aku sedar aku siapa. Namun isteri aku cakap dia sangup bersusah senang dengan aku, dia ajak aku jumpa ayah dia.

Pada keesokkan harinya. Aku berjumpa ayah isteriku, aku menyatakan kalau aku ingin memperisterikan anaknya. Namun aku dijadikan bahan jenaka. Aku di hina, aku dibuat macam sampah yang tidak punya harga diri.

Aku merayu kalau aku mampu jaga anak dia. Mak isteri aku cakap mampu macam mana. Barang make up isteri aku sebulan RM 1 ribu belum lagi baju, beg tangan dan makanan isteri aku.

Isteri aku tak biasa makan benda murah, namun isteri aku menangis katanya dia sanggup untuk hidup bersama aku.

Ayah isteri ku cakap. Kalau isteriku mahu berkahwin dengan aku, boleh tapi harta isteri aku tak akan dapat. harta hanya akan diberikan kepada anak kami, dan aku tak boleh sentuh harta anak kami.

Jadi selepas kawin, ayah isteriku tidak akan berikan isteriku duit walau satu sen. Dan harta isteri semua disita dan akan diberikan pada anak kami nanti. Isteriku setuju, mak isteriku membantah namun tetap menerima keputusan suaminya..

Kisah bermula lepas kami bernikah, isteriku tinggal dengan aku. Pertama kali kami tinggal hanya dibilik yang kecil, memang ini saja yang aku mampu.

Kadang-kadang kami hanya makan nasi berlauk ikan bilis dan telur dengan kicap sahaja, namun semakin lama, rezeki melimpah ruah, isteri aku diterima bekerja sebagai jururawat.

Dengan gaji isteriku itulah kami hidup. Dan dengan simpanan isteri, aku mampu buka bangkel sendiri, makin hari aku makin ramai pelanggan, Alhamdulillah, akhirnya kami mampu beli rumah, dan kereta.. Hidup kami dah kira senang.

Tapi sampai saat ini kami belum dikurniakan anak, lama kelamaan aku mula bosan, isteri aku pula kerja tak tentu masa, kadang aku kerja isteri dirumah, bila aku call WhatsApp, lambat balas sebab sibuk katanya. kadang aku dirumah isteri pula kerja, makin lama kami makin menjauh,

Sampai satu tahap aku mula kenal dengan seseorang di Wechat hanya dialah tempat untuk aku meluah semua apa yang rasa, meluah bosan, pernah sekali isteriku kursus selama seminggu, aku bosan yang teramat, aku jumpa kenalan Wechat aku itu, dan kami terlanjur, aku rasa menyesal sangat.

Tapi apakan daya, aku terlalu bosan. Kenalan ku itu pula adalah isteri orang, aku tau aku salah, tapi aku terlalu bosan.

Oleh kerana terlalu mengharapkan belaian seorang wanita akhirnya aku tewas, selepas wanita itu, aku kenal dengan wanita lain pula, aku tau aku salah, tapi aku makin ketagih, aku terlanjur dengan ramai wanita.

Baru-baruni aku pergi derma darah tapi darah aku tak diterima. Bila keluar keputusan rupanya aku positif HIV.

Aku mula fikir pasal isteriku,Balik rumah je, isteri aku berperangai seperti biasa, aku sangat menyesal atas apa yang aku buat, tapi aku tak berani nak berterus terang dengan isteriku.

Aku jalani hidup macam biasa, bila aku dah berubah, macam-macam dugaan datang. Dua orang wanita datang kepadaku dan mengaku kalau mereka kandungkan anakku.

Aku terpaksa tidak mengaku itu anakku sebab aku tak nak isteriku tahu kegiatanku. Aku tahu aku salah.

Malah wanita tersebut datang berjumpa isteriku tapi aku menafikan. Ya memang salahku. Mereka juga tunjukkan bukti, ya isteriku sepertinya curiga tapi tetap meneruskan hidup macam biasa.

Sampailah satu masa, wanita tu tidak mahu mengugurkan kandungan dan mengugut aku untuk buat laporan.

Tapi aku bawa perempuan itu dan bagi makan ubat untuk gugurkan kandungan dan semuanya sudah berakhir.

Namun satu lagi masalah datang. Bila isteri aku disahkan hamil. Awalnya aku sangat gembira, kami sangat bahagia pada awalnya.

Tapi itu hanya sementara, bila isteriku disahkan kena HIV, pada awalnya aku salahkan isteriku.

Aku masih ego, aku tuduh isteriku ada lelaki lain, aku tuduh isteriku berizna, aku tuduh isteriku penyebar HIV. Ya Allah kejamnya aku.

Aku lari dari rumah, aku tinggalkan isteri dan bayi yang dia kandung. Keadaan aku makin teruk dan sekarang tiada siapa yang jaga aku.

Aku balik kerumah ibu saudaraku, aku terus terang semua padnya, aku cerita kalau aku yang salah.

Aku sedar bertapa susahkan aku dapatkan isteriku, tapi ini yang aku balas pada dia. Ya Allah kejamnya.

Aku menyesal dengan apa yang aku buat. Aku balik rumah, cari isteriku. Aku nak minta maaf, aku tau aku salah. Tapi isteriku sudah tiada di rumah.

Aku cari kemana-mana. Rupanya isteriku sudah balik kerumah keluarganya. Dan isterikusudah melahirkan anak kami yang sunggu comel.

Alhamdulillah anak kami bebas dari jangkitan dan isteri ku masih positif.

Yang jadi masalah. Keluarga isteri tidak membenarkan isteri berjumpa aku. Aku dihalau bagaikan pengemis. Aku tahu aku salah tapi isteriku masih sah isteriku.

Dia dan anakku adalah hak ku. Kenapa kami dipisahkan. Dan rupa-rupanya keluarga isteri sudah tahu semuanya berpunca dari aku.

Dan mereka berkata kalau mereka menyesal sebab tak halau aku dari dulu. Ya Allah. Macam mana nak ambil isteriku semula. Aku sayangkan dia. Sayangkan anak kami.

Aku nak bersama dengan dia sampai akhir hayat kami. Keluarga dia tak ada hak nak pisahkan kami. Mereka nak kami bercerai. Aku tak sanggup kehilangan isteriku. Tolong aku.

Baca juga: Dalam rumah Allah pun buat hal, sanggup tampal kod QR palsu di tabung masjid untuk tipu wang derma