Bimbang dikejar sesetengah ‘pihak’, Aina Abdul nafi kos persembahan di AJL39 cecah setengah juta

Oleh MALAYSIADATELINE

Umum tahu setiap pentas persembahan, tidak kira untuk konsert sendiri atau pertandingan, penyanyi Aina Abdul pastinya akan mengeluarkan belanja yang banyak.

Aina ampil di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) dengan tema merah untuk melambangkan jantung serta 100 staf bagi menjayakan persembahan.

Pemenang kategori Persembahan AJL 39 itu bagaimana pun menafikan dakwaan dia mengeluarkan belanja lebih setengah juta untuk persembahannya bagi lagu Puas Sudah lapor Harian Metro.

Bimbang ‘dikejar’ sesetangah pihak, Aina tidak akan mengeluarkan kos sebenar persembahannya yang belangsung pada Ahad lepas.

“Jumlah sebenar tidak boleh dikongsi secara terperinci kerana khuatir menjadi sasaran pihak tertentu.

“Saya tak boleh kongsi amaun sebenar sebab akan ada ‘benda’ lain yang mengejar nanti.

“Tidaklah mencecah setengah juta, itu sudah seperti kos buat album atau bayar duit deposit pembelian rumah,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu penyanyi berusia 31 tahun itu berkongsi bahawa segala perbelanjaan dikeluarkan berbaloi selepas memenangi trofi Persembahan Terbaik.

“Kos yang banyak itu alhamdulillah berbaloi sebab Allah beri rasa kemenangan untuk AJL39 kali ini. Namun, AJL39 adalah yang paling banyak saya berhabis.

“Alhamdulillah dapat rasa ‘oh begini rasanya menang persembahan terbaik’. Kemenangan ini hasil kerja keras seluruh pasukan yang sudah berkerja keras sejak beberapa bulan lalu.

“Saya bawa lebih 100 orang untuk seluruh pasukan bagi menyiapkan semua persiapan yang mengambil masa berbulan-bulan,” tambahnya.

Baca juga: “Mereka tak ambil yang bukan hak milik” – Wanita terharu jumpa balik iPad tercicir di Jepun