Blog selamba buat fitnah artis meninggal untuk naik ‘view’, Adam Corrie pula jadi mangsa

Oleh KIM SYAZIE

Ini bukanlah kali pertama laman tak dikenali menulis berita artis meninggal untuk meraih tontonan yang banyak di web mereka.

Kini pelakon, Adam Corrie pula menjadi mangsa hingga menyebabkan dirinya menerima panggilan telefon dan mesej dari kenalan yang terkejut akan berita tersebut.

“Semalam ramai betul ‘tag’, mesej dan telefon untuk tanya betul ke saya sudah meninggal dunia? Ada juga kata bapa saya dan bapa mentua saya yang meninggal.

“Kalau betul (dirinya sudah meninggal dunia), tak adalah saya jawab panggilan telefon dan balas mesej,” tulisnya.

Tambah Adam, mendiang bapanya sudah 14 tahun meninggal manakala bapa mentuanya empat tahun lalu.

Maka jelas bahawa tujuan blog berkenaan menyiarkan berita untuk menarik perhatian pembaca sekaligus menambah jumlah pengikut.

“Saya percaya mereka yang buat berita sebegini hanya untuk meraih jumlah pembaca dan mahu naikkan pengikut mereka tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain.

“Doa baik-baik untuk semua,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Adam turut melahirkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas (hidup) di dunia ini.

Baca juga: 1 Malaysia tertanya kenapa muncul bau wangi macam bunga kubur masa bulan penuh, ini sebabnya