Boleh beli banyak rumah! Tak sangka harga ikan ni mampu cecah RM6 juta

Oleh MAISARAH AISYA

Ikan tuna ini sememangnya mendapat tempat di hati mereka yang gemar akan makanan laut, ditambah pelbagai resipi boleh dicuba untuk memasaknya.

Malah pasaran untuk ikan tuna adalah sangat besar hingga ramai berebut untuk membida ia hingga mencecah RM6 juta.

Menurut Buletin TV3, seekor tuna biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (RM6 juta) dalam lelongan tahunan di Pasar Ikan Toyosu, Tokyo, pada 5 Januari lalu.

Ini menjadikan ia sebagai tawaran kedua tertinggi dalam sejarah lelongan sejak 1999, menurut penganjur.

Laporan Reuters memaklumkan ikan seberar 276 kilogram itu dibeli bersama oleh pemborong terkenal Yamayuki dan restoran sushi mewah, Sushi Ginza Onodera.

Jiji Press/AFP pic

Bidaan tertinggi sebelum ini dicatatkan pada tahun 2019, ikan tersebut dijual pada harga 333.6 juta yen (kira-kira RM13 juta pada tahun itu).

Lelongan itu sentiasa meriah dengan bunyi lecong daripada pelelong dan para pembida yang giat menawarkan harga untuk membeli tuna,

Tidak hanya itu, kesemua ikan tersebut turut diperiksa dengan teliti oleh pembida dan vendor sebelum dibeli.

Pasar Ikan Toyosu terkenal sebagai destinasi utama bagi perdagangan tuna di Jepun dan menjadi tumpuan penggemar makanan laut dari seluruh dunia.

Baca juga: “Rezeki tahun baru” – Budak 6 tahun menang cabutan bertuah, bawa pulang Perodua Axia